Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman, maka ampunilah bagi kami dan kasihanilah akan kami dan sesungguhnya Engkau sebaik-baik orang yang pengasih.

Tuesday, January 3, 2012

USRAH

usrah
dulu perkara paling malas nak join
waktu kat sekolah usrah la
sebabnya kena bangun pagi-pagi walaupun
hari minggu
ye la hari minggu mestila
nak tidur puas-puas kan
tapi,
perkara yang sangat aku rindu sekarang
ialah usrah macam waktu sekolah dulu
memang  tak dinafikan disini usrah itu ada
tapi, usrah disini tetap tak sama macam sekolah
dulu hubungan antara naqibah dan mad'u sangat rapat
serapat kakak dan adik-adik
hubungan antara ahli-ahli usrah pun sangat rapat
serapat adik-beradik
kasih sayang itu terserlah antara kami
disini langsung tak sama 
perbezaan yang begitu ketara
usrah semata-mata menceritakan perkara-perkara
berkaitan ibadah, akidah, akhlak
tetapi hubungan antara naqibah dan mad'u
macam seorang ketua dengan ahli-ahlinya
ahli-ahli usrah pula tak saling mengenali
sekadar tahu nama, kursus apa
setakat itu sahaja usrah kami 
sedangkan dulu,
setiap ahli usrah rapat, kenal betul-betul
kadang-kadang nak makan pun bersama-sama
rindu sungguh usrah waktu dulu-dulu
naqibah tegur anak buah dia bila jumpa
tak kira di mana-mana pun
berlainan di sini, walaupun jumpa bertemu muka
belum tentu menegur
ibarat berjumpa dengan seseorang yang sangat asing
kerana itu aku mengikut perasaan aku
perasaan malas nak berusrah di sini
buat apa berusrah kalau sekadar untuk menceritakan 
perihal agama sahaja
hubungan sesama ahli dibiarkan
lebih baik mendengar ceramah-ceramah sahaja
bukan aku mengatakan usrah disini tidak baik
tetapi jika membandingkan suasana usrah disini
dan di sekolah dulu
aku lebih suka waktu sekolah
kerana di situ semuanya bermula
ya Allah..
rindu nak dengar celoteh-celoteh naqibah aku dulu
rindu nak dengar ceramah-ceramah ustaz-ustazah
rindu nak dengar kuliah-kuliah sahabat seperjuangan
rindu semuanya!

5 comments:

  1. huhu~ saya sokong statement anda!!! T.T
    rindu kan??

    ReplyDelete
  2. saye nak rase macam mane anda rase dulu.. mesti seronok... tak dapt saye hadapi kini

    ReplyDelete
  3. tibe2 rasa rugi sbb x mnghargai masa dok skolah dulu..

    ReplyDelete
  4. shouss: dulu2 sgt malas..bile dh lepas br thu yg dulu lg best

    farah: taw xpe..sgt rugi..klaula mase boleh diputar kembali..

    ReplyDelete