Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman, maka ampunilah bagi kami dan kasihanilah akan kami dan sesungguhnya Engkau sebaik-baik orang yang pengasih.

Friday, June 8, 2012

SUKAN



alhamdulillah hasrat untuk mencuba semua
sukan kegemaran Rasulullah S.A.W tercapai akhirnya
sebenarnya dah lama sangat ingin mencuba
sukan-sukan kegemaran Rasulullah S.A.W
akhirnya peluang itu hadir dengan sendirinya
besarnya kuasa Allah..Alhamdulillah..

MEMANAH
subhanallah..sukan memanah itu sangat best
walaupun dengan kekuatan tangan yang tak seberapa
namun, dapat juga kutarik busur dan melepaskan anak panah
dengan jayanya
pertama kali bermain lebam melekat ditangan
tapi itulah pengalaman
bak kata jurulatih, siapa yang tak ada lebam memang tak sah
jadi lebam itu perkara biasa dalam sukan memanah
sukan ini memerlukan fokus dan perhatian yang tinggi
kerana itu jurulatih kami pernah cakap
sukan memanah ini sesuai untuk membentuk
budak-budak nakal yang berkeliaran sana-sini
menjadi seorang yang baik dan tenang
BERKUDA
sebenarnya aku pernah menunggang kuda hanya beberapa kali sahaja
walaupun dirumah ada kuda
perasaan takut sentiasa mematahkan semangat aku
untuk meneruskan sukan berkuda ini
cukup sekadar pernah merasa perasaan menunggang kuda
tapi tak mustahil aku akan mencari balik keberanian
dan terus mengamalkan sukan berkuda ini..
insyaAlah..

BERENANG
dengan perasaan takut, cuak, gembira semua adalah
aku masuk kelas berenang yang disediakan utuk kami
budak-budak sispa 2
at first, takut sampaikan basic dalam berenang iaitu apungan
pun tak boleh nak buat
orang nak belajar berenang ni kalau takut dengan air
dan tak percayakan diri sendiri susah sikit
setelah pergi kelas beberapa kali
akhirnya aku berjaya mengapungkan diri
sungguh rasa tenang sekali mengapungkan diri diatas permukaan air
dapat berenang cara kuak dada dan gaya bebas
itu adalah pengalaman yang cukup indah
dari seorang yang tak tahu langsung berenang
akhirnya pandai berenang walaupun masih tak cekap
alhamdulillah ya Allah
Kau memberi aku pengetahuan tentang renang yang mungkin
amat berguna untukku suatu hari nanti
BERLARI
sukan berlari ini sudah sinonim dengan diriku
dari sekolah rendah sampai sekarang
berlari adalah satu sukan yang sentiasa kami lakukan
memandangkan aku dan kawan-kawan dalan jurusan sains sukan
walaupun tak menyertai mana-mana acara lari
namun, sukan berlari itu tetapku jalankan
BERGUSTI
jujur cakap
aku tak pernah cuba sukan bergusti
mungkin tak elok untuk perempuan
tapi kat rumah boleh saja bergusti atau lebih sopannya
bermain lawan-lawan dengan adik-adik
hehe..

ayuh kawan-kawan
jika ada peluang mencuba sukan kegemaran Rasulullah ini
jangan sesekali lepaskan
rugi sangat sebab setiap sukan diatas ada kelebihannya
sukan-sukan diatas memang sangat best
antara sukan-sukan yang sangat ingin aku lakukan
sejak aku disekolah menengah lagi
alhamdulillah..semua impian aku tercapai
bukan mudah mendapat peluang ini
bagi sesiapa yang mampu untuk menyertai kelas memanah,
berenang, berkuda semua tu
aku nasihatkan lebih baik habiskan duit dan masa
dengan belajar sukan-sukan ini dari melepak tak tentu hala
alhamdulillah aku belajar memanah, berenang, berkuda tanpa bayaran apa-apa
inilah orang katakan rezeki
rezeki yang Allah bagi sayang untuk disia-siakan
muslimah juga boleh bersukan..
kena betulkan persepsi atau tanggapan orang terhadap setiap sukan
menjadi perempuan tak semestinya tak boleh bersukan
bersukan yang aku maksudkan ialah bersukan untuk sihat
semua orang ingat bila ambil jurusan sains sukan, kuat bersukan
kami jenis tak kisah sangat hal-hal agama, batasan pergaulan dan lain-lain
tegas aku nyatakan di sini TIDAK sama sekali
walaupun sentiasa bermain, bersukan, pakai track suit pergi kelas
aku tahu batas aurat, pergaulan semua tu
hanya orang yang tak suka bersukan akan mencari alasan seperti itu
untuk memburukkan lagi nama 'bersukan' itu
isteri Rasulullah sendiri pun bersukan
apatah lagi kita yang kerdil ini
jangan jadikan agama salah satu sebab untuk kita tidak melakukan
perkara yang boleh membuatkan badan kita sihat..
pengalamanku ketika bermain atau bersukan
seorang sahabat terkena bola yang dilempar seorang sahabat yang lain
dia menyebut Allah tatkala bola mengenai kepalanya
kita boleh ambil pengajaran disitu bahawa dengan bersukan
juga kita boleh dapat banyak pahala
sambil bermain mulut tidak pernah berhenti menyebut Allah
dalam bermain hatinya tetap ingat Allah
betapa aku kagum dengan sahabatku itu
jadi bersukan dan bersenam itu juga adalah cabang untuk
kita mendekatkan diri dengan Allah
akhir kalam
bersukanlah untuk sihat..!!!~
majulah sukan untuk diri sendiri..!hehe

No comments:

Post a Comment