bila difikir balik
perasaan malas nak main semakin tinggi
tetapi sebab cintakan sukan itu
perasaan nak main mengatasi perasaan malas
mengenangkan apa yang mereka telah buat padaku
selama ini
sakit hati, penat, letih, terasa, benci
semuanya hadir dalam diriku tika itu
masih terselit perasaan dan rasa itu sehingga kini
setiap kali latihan aku tak pernah miss
aku berusaha..
walaupun aku tahu aku tak berapa hebat macam orang lain
pernah mereka nampak usaha aku??
tak pernah langsung
kalau pernah tak lah aku dijadikan pengurus disaat akhir
di hari keesokannya perlawanan
kejam sungguh mereka membuat aku begini
aku menangis sendiri
sebab apa?
sebab aku rasa penat lelah aku turun latihan tak berbalas
rasa penat yang teramat menyelubungi diri
tapi, aku hipokrit didepan mereka
senyum dan kelihatan gembira
didalamnya..perit dan sakit
hanya Allah yang tahu
sehingga kini masih terasa sakit itu
dan mungkin tak kan pernah padam
kerana aku bukan orang yang mudah melupakan
sesiapa sahaja yang menyakiti aku
bukan dendam..tetapi langkah berjaga-jaga
insyaAllah aku akan cuba mengurangkan perasaan tak suka ini
tetapi jika sekali lagi mereka meperlakukan aku begini
aku tidak akan berdiam diri lagi
walaupun ianya sudah lama berlalu
aku berharap kali ini mereka bersikap adil
bukan dengan aku sahaja
malah pemain-pemain lain juga
maaf
sekadar meluahkan apa yang dirasa =)
No comments:
Post a Comment