setiap kali naik motor dengan abah
mesti teringat peristiwa yang berlaku
keatas adikku
kejadian itu berlaku seminggu sebelum raya
aidilitri 2012
masih kekal dalam ingatan sehingga kini
baiklah..disini kutitip satu persatu kejadian itu
12 Ogos 2012
( 2.00 petang )
adik : Kak long, nanti petang nak guna laptop..
saya: Nak buat apa? Main game ke?
adik: Tak la. Nak tengok cerita 8 jan.
saya: Aik? Nak tengok kat mana? (sebab dalam laptop aku xada cerita 8 jam)
adik: Nanti nak ambik dengan kawan
sejurus selepas itu, adik keluar menaiki motor
tanpa memberitahu kami kemana dia pergi. Tiba-tiba je hilang.
(2.30 petang)
aku hairan melihat dua orang adik perempuanku asyik ke pintu depan rumah
ada orang datang ke? lebih menghairankan ketika adik bongsuku tiba-tiba ketawa
akhirnya aku sendiri yang pergi tengok siapa yang ada
rupa-rupanya, seorang mak cik bersama dua orang anak yang kecil
berada didepan rumahku.
aku berasa was-was akan kehadiran mak cik itu
lalu aku memanggil ma yang sedang memasak didapur
ma keluar dan berbual-bual dengan mak cik itu
tidak lama selepas itu ada seorang remaja datang rumah
dan mengatakan adik aku ditimpa kemalangan
ma dan aku apa lagi..kalut mencari tudung untuk pergi ke tempat kejadian
tetapi, apabila aku turun, kelihatan ma menaiki motor bersama salah seorang kawan adikku
aku mengikuti ma.. namun motor yang kubawa tidak boleh start
agak lama barulah aku pergi
namun, aku tidak tahu tempat sebenar kejadian tersebut
sehingga aku ulang alik dua tiga kali ditempat yang sama
setelah puas mencari, aku pulang kerumah untuk mengambil handphone
sebaik sahaja aku keluar sekali lagi untuk mencari
adikku telefon dan mengatakan bahawa adikku yang kemalangan telah dibawa keklinik
aku pula ingin pulang kerumah melalui jalan besar
namun, banyak kereta dan orang ramai patah balik
aku ingatkan ada road block tanpa menyangka itulah tempat kemalangan yang sebenar.
sampai dirumah adik perempuanku mengatakan ma dan adikku ke hospital
untuk rawatan selanjutnya
tetapi...
kawan adikku meninggal dunia ditempat kejadian
aku terus terduduk diberanda rumahku
lemah tanpa dapat buat apa-apa
keluarga kami sangat rapat dengan arwah memandangkan beliau adalah rakan baik adikku
seorang lagi rakan baik adikku tidak percaya apa yang kami beritahu
berkali-kali dia datang rumah menanyakan tentang adikku dan arwah kawannya.
setelah itu..ma teleon dan memberitahu bahawa adik selamat dan tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Alhamdulillah ya Allah..
adikku selamat.. ketika itu aku sangat bersyukur..
dalam pada itu aku sedih mengenangkan arwah kawan adikku
seolah-olah terbayang raut wajah beliau ketika itu
ya Allah..
sesungguhnya ajal maut ditangan-Mu
bila-bila masa sahaja tanpa mengira usia
maut bisa datang mengundang kita
Alhamdulillah kami sekeluarga masih dapat beraya bersama tahun ini.
Syukur kupanjatkan kepada-Mu
hanya dengan izin-Mu kami masih bersama hingga kini.
cerita 8jam xsempat diambil kerana kawannya tiada dirumah
kejadian itu berlaku ketika mereka ingin membeli ikan
yang dikirim ibu kawan adikku
sudah tersurat ajal beliau
sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah..
Eid with scar on his face..thanks Allah..He still with us. |
Allah..Kau lindungilah keluargaku.. |
No comments:
Post a Comment