Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman, maka ampunilah bagi kami dan kasihanilah akan kami dan sesungguhnya Engkau sebaik-baik orang yang pengasih.

Monday, September 12, 2011

KURINDU SAAT ITU

sungguh aku amat merindui zaman persekolahan
ianya memori yang amat indah
bersama teman-teman seperjuangan
berganding bahu, memerah tenaga
demi mencapai sebuah kejayaan
bersama mereka melalui pelbagai kenangan indah
kenangan yang amat payah untuk dilupakan
persahabatan...
yang sangat menyeronokkan
dengan hadirnya kasih sayang antara kita
lebih manis dengan ukhuwah yag terjalin erat
antara kita


sungguh aku amat merindui guru-guru
yang sempat memberi tunjuk ajar
serta sabar melayan karenah kami semua
yang sentiasa memberi nasihat dan kata-kata
semangat demi melihat anak muridnya berjaya
tanpa mengenal erti penat lelah
tanpamu..
kami tidak akan dapat berdiri
dimana kami berada sekarang
jasamu amat sukar kami lupakan
terima kasih cikgu


sungguh aku amat merindui suasana dan
persekitaran sekolah dulu
dimana kami sering menghabiskan masa
duduk sambil berbual di meja batu, dewan makan a.k.a D'Mas
belajar bersama teman-teman ketika prep
sehinggakan pernah extend prep sampai pukul 2-3 pagi
gara-gara musim exam
berebut nak tengok tv kat DNY dan bilik tv
sebab tempat duduk xbanyak
padang kawad yang mencoret 1001 kenangan
kini telah berubah wajah sepenuhnya
dorm yang riuh rendah dengan ahli-ahlinya
kantin yang sentiasa menjadi tumpuan kami
dengan pelbagai jenis makanan dan minuman
dan makmal komputer yang femes dengan
keaktifan friendster ketika itu


sungguh aku amat merindui tarbiah dan dakwah
di sekolah dulu
walaupun semasa zaman persekolahan aku
boleh dikatakan pelajar yang xla baik sangat
tarbiah di sekolah amat bagus dengan
pelbagai program keilmuan seperti usrah
dan macam-macam lagi
lagi-lagi bila menjelangnya bulan Ramadhan
ada khatam Al-Quran, baca Al-Quran setiap pagi,
solat berjemaah waktu zohor (walaupun aku sering ponteng)
kami diasuh dan dididik serta dijaga dengan baik
dan diajar untuk menjadi muslimah yang baik


walaupun keadaan sekarang masih mngekalkan ciri-ciri itu
tapi, ianya tetap tak sama dengan zaman persekolahan
sahabat-sahabat yang kutemui juga amat berlainan dengan sahabt-sahabat disekolah
amat sukar menemui sahabat sejati yang boleh berkongsi
gembira, suka dan duka bersama
sungguhpun ada
tetap tak sama kerana apa yang boleh dikongsi
cuma kegembiraan
kesedihan mahupun kekecewaan aku tetap memilih untuk
berkongsi dengan sahabat sejati aku dari sekolah


sungguh aku merindui semua itu
kalau lah masa ini boleh diputarkan semula
aku ingin mengulang semula masa-masa
dan kehidupan terindah di sekolah dulu
keindahan yang sukar digambarkan dengan kata-kata
persahabatan yang sukar dibandingkan dengan kawan biasa
keindahan islam lebih terasa
suasana belajar yang amat menyeronokkan
tetapi, apa yang berlalu tetap tak akan kembali
yang boleh kita ingat adalah kenangan
yang tinggal untuk menjadi sebuah
album dan buku-buku ilmu untuk
dipraktikkan pada masa akan datang

No comments:

Post a Comment