Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman, maka ampunilah bagi kami dan kasihanilah akan kami dan sesungguhnya Engkau sebaik-baik orang yang pengasih.

Tuesday, September 20, 2011

...TERASA INGIN MENANGIS

Ya Allah
betapa indahnya kalimat-kalimat yang memuji namaMu
betapa halusnya zikir-zikir menyebut namaMu
sehingga hatiku yang resah menjadi tenang
terasa ingin mengalirkan air mata keinsafan
demi mengingati-Mu yang Esa


Ya Allah
sesungguhnya aku insan lalai
yang sentiasa melakukan kesilapan
sungguh aku sangat tenang mendengar alunan-alunan
zikir dan ayat-ayat suci memuji-Mu
sangat mendamaikan hati
menyentuh jiwa


Ya Allah
sekiranya aku melakukan kesilapan
maafkanlah aku
sekiranya aku lalai dalam mengingatiMu
ingatkanlah aku
sekiranya terpesong dari jalanMu
Kau kembalikanlah au ke jalan yang benar
sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


indah sekali zikir memuji Allah
dan selawat keatas nabi Muhammad S.A.W
ingatlah wahai sahabat semua
setiap apa dugaan atau cabaran
Allah sentiasa ada membantu kita
sebagai hambanya  yang lemah
sebaik-baiknya kita sentiasa mengingati
pencipta kita yang Maha Kuasa
InsyaAllah jiwa tenang dan tenteram

aku masih kurang dalam memberi nasihat
namun aku yakin
dengan mengingati Allah
dan sentiasa meminta pertolongan dari Nya
insyaAllah semua masalah dapat diselesaikan
bukan itu sahaja
malah hati kita akan lebih tenang
dan dipermudahkan segala amalan


p/s: aku insan lemah yang masih memerlukan bimbingan dan nasihat..

No comments:

Post a Comment