Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman, maka ampunilah bagi kami dan kasihanilah akan kami dan sesungguhnya Engkau sebaik-baik orang yang pengasih.

Wednesday, January 4, 2012

TENANG JE RASA


Ya Allah
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihi-Mu
bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
bersatu memikul beban dakwah-Mu
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu
maka, eratkanlah ya Allah akan ikatannya
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalan-Nya yang benar
penuhkanlah hati-hati ini akan cahaya Rabbani-Mu
yang tidak pernah padam
lapangkanlah hati-hati ini limpahan iman
dan keindahan tawakal kepada-Mu
suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu
jika Engkau mentakdirkan mati
maka, matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai syuhada' dalam perjuangan agama-Mu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong
Ya Allah
perkenankanlah permintaan ini
Amin...

2 comments: