Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman, maka ampunilah bagi kami dan kasihanilah akan kami dan sesungguhnya Engkau sebaik-baik orang yang pengasih.

Sunday, February 26, 2012

INDAHNYA PERSAHABATAN

sahabat
sukar mencari sahabat yang betul-betul
memahami kita kan?
bagi aku, once aku dah kawan rapat dengan seseorang
aku akan tetap ingat dia sebagai sahabat aku
semua sahabat adalah kawan
tapi, tak semua kawan layak digelar sahabat
walaupun pada maknanya adalah sama
namun dalam erti yang sebenarnya ia jauh berbeza
sahabat sanggup berkongsi suka dan duka bersama kita
bila kita menangis mereka akan ada bersama menenangkan kita
bila kita gembira mereka akan turut gembira bersama kita
pokoknya susah dan senang diharungi bersama
seperti drama Dingin Lavenda yang disiarkan di tv sekarang
aku sangat suka cerita ni
aku suka persahabatan Jannah, Murni dan Nana
sungguh aku kagum dengan Jannah yang sentiasa tabah menghadapi ujian dari-Nya
tersentuh dengan perwatakan Jannah yang sangat menyayangi sahabatnya
sehingga pernah menangis kerana terlalu sayangkan sahabatnya
terharu dengan sikap ambil berat Jannah terhadap sahabatnya
aku teringin menjadi seperti Jannah
sentiasa ada bersama sahabatnya tidak kira semasa susah atau senang
serius teringin...
kadang-kadang cemburu dengan persahabatan segelintir
rakan seperjuangan dulu
persahabatan mereka masih kekal hingga kini
sentiasa penuh dengan keceriaan
semakin erat hubungan antara mereka walaupun berjauhan
indahnya persahabatan mereka
sungguh cemburu..
juga teringin mempunyai sahabat yang sebegitu
insyaAllah..semoga Allah kurniakan sahabat yang menyayangi diri ini seadanya



No comments:

Post a Comment