Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman, maka ampunilah bagi kami dan kasihanilah akan kami dan sesungguhnya Engkau sebaik-baik orang yang pengasih.

Monday, May 28, 2012

JANGAN BERSEDIH DUHAI HATI



astaghfirullah..
bukan aku tidak mensyukuri nikmat-Mu ya Allah
namun, terlalu berat ujian yang Kau
berikan kepadaku hari ini ya Allah
suasana hujan petang tadi ibarat
mengiringi duka lara hatiku ya Allah
langit turut bersedih
sebegini hebat ujian Kau beri kepadaku
sungguh aku tak mampu ya Allah
aku tak mampu menahan air mata yang mengalir laju
aku tahu aku cuma insan biasa
yang banyak melakukan kesilapan
namun, adakah patut aku diperlakukan sebegini??
bagaimana kalau mereka berada ditempatku
apa mereka kan turut merasakan apa yang aku rasa
atau mereka hanya mampu berkata-kata
sepertimana sekarang?
seharian kurasa tidak berdaya
tidak berdaya menahan setiap dugaan yang menimpa
sekadar menahan segala rasa tanpa meluahkan
perit bukan??
sukar mencari pendamping setia untuk kuluahkan segala isi hati
ingin bercerita kepada keluarga..
tidak sanggup kurasa menambah beban ibu dan ayah
dengan masalahku yang tidak seberapa
hanya kepada-Mu aku berserah
semoga hari-hari esok kembali ceria
semoga aku dapat terus menghadapi hari-hari mendatang
semoga aku tabah mengahadapi setiap ujian dari-Mu ya Allah....

jangan bersedih duhai hati kerana Allah sentiasa menemanimu
walau susah atau senang kamu didunia ini




yes you can do it TIEKAH..!!!
buktikan pada semua aku boleh..!



p/s: amat memerlukan sahabat baikku (izzati) tika ini...tapi, tidak.. aku tak sanggup membebankan dia dengan masalahku..lagipun dia dah start exam minggu depan..semoga dia berjaya!!~
aku harap semua masalah hari ini hilang sebaik sahaja aku membuka mata esok..insyaAllah kalau dipanjangkan umur..

No comments:

Post a Comment