Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman, maka ampunilah bagi kami dan kasihanilah akan kami dan sesungguhnya Engkau sebaik-baik orang yang pengasih.

Tuesday, June 12, 2012

KENANGAN LAMA BERTAUT KEMBALI

ya Allah
today is the best moment ever
after 4 years leaving smka naim lilbanat
sebaik sahaja kaki menjejak bumi Naim
terselit satu perasaan indah yang tak tergambar
saat itu semua kenangan bagaikan air mengalir
mencucuri benak minda
setiap detik dan peristiwa yang pernah berlaku suatu ketika dulu
kembali menjengah diminda
nampak aku dan kawan-kawan
berpakaian sekolah berlari berkejaran disekitar kawasan
di Naim
ianya bagaikan satu cerita di TV yang menayangkan 'flashback'
baru kurasa bagaimana 'flashback' itu bermain di mata dan fikiran
saat kaki melangkah ke kawasan asrama
kenangan bersama sahabat di asrama kembali bertandang
berguaru senda, bergelak ketawa, 
bagaikan terngiang-ngiang ditelinga
ya Allah
terima kasih kerana kurniakan aku satu peluang indah
merasai dan mengenang kembali saat-saat
kami dididik menjadi seorang manusia  
medan tarbiah yang masih teguh berdiri
menjadi satu medan menimba ilmu
memang ketika itu, bagaikan tiada perasaan
tentang apa yang diucapkan guru-guru
setelah meninggalkannya dalam satu jangka masa
ianya menjadi suatu medan dakwah yang sangat
kukuh dihati
sungguh merindui saat itu

saat terlihat pokok ini
hati bagaikan ingin menangis
besar kuasa-Mu ya Allah
begini rasanya jika kita menyumbang sesuatu
yang pada masa akan datang akan dikenang
bila terlihat pokok ini, fikiran terus melayang pada
sahabat-sahabat 4UU
walaupun ketika ini aku kurang ingat siapa rakan sekelas
tapi, pokok ini menjadi lambang bahawa kita pernah
bersahabat dan berusaha menjaga pokok ini
sehingga masih kekal hingga sekarang
siapa sangka pokok yang tumbuh segar berwarna hijau
ini sudah berusia hampir lima tahun
lima tahun..satu jangka masa yang lama
alhamdulillah
pokok ini masih hidup subur kehijauan
pokok ini masih dijaga dengan elok
dan ianya akan terus menjadi kenangan kita dimasa depan
semoga tahun-tahun akan datang pokok ini akan tetap subur
begitu juga persahabatan kita
insyaAllah..
bangga dengan sahabat-sahabat
walaupun sudah meninggalkan bumi Naim tercinta
kasih sayang buat adik-adik di Naim tetap utuh
masih mengadakan Usrah disaat kesibukkan dunia melanda diri
astaghfirullah
sudah cukup lama aku meninggalkan kegiatan ini
kadang-kadang aku merasa jauh dari diri aku yang dulu
terima kasih kerana mengingatkan kembali saat manisnya usrah
terima kasih kerana hari ini membuatkan aku sedar
siapa aku dulu.. dan siapa aku sekarang..
terima kasih kerana mengingatkan kembali tentang apa
input yang aku dapat di zaman sekolah dulu
terima kasih atas semuanya..

gambar ini diambil oleh fb cikguku
Allah..
masih terasa nikmat solat berjemaah dimedan tarbiah
serius merindui detik itu
kenangan di Naim tidak terbilang
sungguh aku bersyukur pernah menimba ilmu
di tempat jatuh bangunku ini
tempat mengenal erti hidup didunia yang penuh pancaroba ini
alhamdulillah ya Allah
terima kasih ya Allah
setiap apa yang aku dapat dari sini
masih kupraktikkan
semoga Kau menjaga hati aku, mengukuhkan imanku,
memantapkan pengetahuanku dan menjauhkan aku
dari segala perkara yang melalaikan
insyaAllah..

p/s:
really enjoy this moment with Farah and Yus
it such a nice moment to remember
terubat rinduku nak berusrah..=)
terima kasih juga buat sahabat terbaikku Syirah
sudi menemaniku sehingga hujan berhenti
seriously gonna miss you guys..!!
semoga Allah menguatkan jodoh kita
dan berjumpa kembali di lain masa
insyaAllah...

2 comments: